SISTEM SMARTPHONE YANG TERBAIK??
Masa kini, penggunaan Smartphone semakin meluas dan menjadi di antara keperluan remaja masa kini. Dalam pemilihan Smartphone, sering banyak diperdebatkan mana yang terbaik dan memberi kepuasan kepada para pengguna. Penulisan artikel ini bukan bermaksud untuk menunjukkan saya orang kaya atau pembaziran. Tetapi saya suka bergerak sealiran dengan teknologi dan kepesatan serta kemajuan sesuatu sistem. Mengikut peralihan alam remaja saya, bermula dari zaman NOKIA, SAMSUNG, SONY, NINETOLOGY dan sekarang IPHONE, masing - masing terdapat kelebihan dan kelemahan masing - masing.
" MANUSIA TIDAK AKAN PUAS "
Ungkapan ini sesuai digunakan untuk semua pengemar teknologi yang sentiasa inginkan kepuasan dalam penggunaan peranti. Dari pandangan saya, antara ciri- ciri dalam misi seseorang dalam memilih Smartphone adalah :
1. KELAJUAN SMARTPHONE
2. RUANG PENYIMPANAN (STORAGE) YANG BESAR
3. FUNGSI PELBAGAI
4. SAIZ PERANTI YANG NIPIS
5. BATERI YANG TAHAN LAMA
6. BAJET YANG SO - SO ( MURAH)
Bagi saya mengabungkan enam ciri ini dalam pencarian smartphone tidak akan menemukan anda pada peranti yang diinginkan. Kenapa saya berkata begitu ? Apabila kelima - lima ini ciri ini ditemukan, ciri keenam yang membatalkan keinginan, iaitu harga yang mahal. Bagi yang tidak kisah ciri keenam ini, anda akan menemui smartphone yang anda inginkan. Dan soalan terakhir yang menjadi pertanyaan, berbaloi ka perlaburan anda mendapatkan smartphone terbaik dengan harga mahal sedangkan kepesatan teknologi semakin pantas dan mungkin teknologi yang anda beli dengan harga mahal hanya bertahan untuk seminggu sahaja.
Akhir kata dari saya, kita tidak akan puas dalam mengejar yang terbaru, cukuplah kita hidup dengan keadaan mencukupi yang memenuhi keperluan hidup kita.
No comments:
Post a Comment