Tuesday 1 November 2016

Trending di Twitter 11 Nov 2016

Trending di Twitter 11 Nov 2016

Antara Trending setakat Hari ini :

#SuriHatiMrPilot  35.2k K tweets

** Tahniah Suri Hati Mr Pilot.... Memang Terbaik............



SISTEM SMARTPHONE YANG TERBAIK??

SISTEM SMARTPHONE YANG TERBAIK??




          Masa kini, penggunaan Smartphone semakin meluas dan menjadi di antara keperluan remaja masa kini. Dalam pemilihan Smartphone, sering banyak diperdebatkan mana yang terbaik dan memberi kepuasan kepada para pengguna. Penulisan artikel ini bukan bermaksud untuk menunjukkan saya orang kaya atau pembaziran. Tetapi saya suka bergerak sealiran dengan teknologi dan kepesatan serta kemajuan sesuatu sistem. Mengikut peralihan alam remaja saya, bermula dari zaman NOKIA, SAMSUNG, SONY, NINETOLOGY dan sekarang IPHONE, masing - masing terdapat kelebihan dan kelemahan masing - masing.

" MANUSIA TIDAK AKAN PUAS "


      Ungkapan ini sesuai digunakan untuk semua pengemar teknologi yang sentiasa inginkan kepuasan dalam penggunaan peranti. Dari pandangan saya, antara ciri- ciri dalam misi seseorang dalam memilih Smartphone adalah :

1. KELAJUAN SMARTPHONE 
2. RUANG PENYIMPANAN (STORAGE) YANG BESAR
3. FUNGSI PELBAGAI
4. SAIZ PERANTI YANG NIPIS
5. BATERI YANG TAHAN LAMA
6. BAJET YANG SO - SO ( MURAH)

              Bagi saya mengabungkan enam ciri ini dalam pencarian smartphone tidak akan menemukan anda pada peranti yang diinginkan. Kenapa saya berkata begitu ? Apabila kelima - lima ini ciri ini ditemukan, ciri keenam yang membatalkan keinginan, iaitu harga yang mahal. Bagi yang tidak kisah ciri keenam ini, anda akan menemui smartphone yang anda inginkan. Dan soalan terakhir yang menjadi pertanyaan, berbaloi ka perlaburan anda mendapatkan smartphone terbaik dengan harga mahal sedangkan kepesatan teknologi semakin pantas dan mungkin teknologi yang anda beli dengan harga mahal hanya bertahan untuk seminggu sahaja. 

           Akhir kata dari saya, kita tidak akan puas dalam mengejar yang terbaru, cukuplah kita hidup dengan keadaan mencukupi yang memenuhi keperluan hidup kita.





Monday 31 October 2016

Doctor Strange

DOCTOR STRANGE


               


RATING IMDB : 8.0 / 10

ROTTEN TOMATOES : 90 %

PENCERITAAN CERITA

Marvel Doctor Strange mengisahkan pakar neurologi yang menghadapi kemalangan yang memusnahkan karier beliau. Pencarian untuk mengubati tangan beliau menemukan beliau dengan tempat bernama Kamar Taj yang mengajar tentang dunia tersembunyi, kuasa mistik dan dimensi. Pembelajaran ilmu mistik ini untuk melindungi dunia dari serangan kuasa dimensi gelap. Cerita ini tidaklah seberat anda menonton cerita wolverine kerana diselang dengan adegan lucu dan spontan.


TAHUKAH ANDA ?

    Hasil pencarian saya di Internet, seperti siri X-MEN yang diterbitkan dalam bentuk kartun. Dr Strange tidak kurangnya. Saya membandingkan watak -watak dalam siri kartun dan wayang. Anda boleh melihat siri tersebut di bawah ini:

       















Watak- Watak 

DR STRANGE


PENDETA PURBA (ANCIENT ONE)


MORDO


CRISTINE PALMER


KAECILIUS

WONG 


DR CRISTINE PALMER

        Kenapa saya menyebutkan pasal CRISTINE PALMER? Cristine Palmer merupakaran watak di samping Dr Strange. Dia merupakan doktor dan untuk pengetahuan anda, Cristine Palmer ialah Night Nurse. Night Nurse menurut siri komik Marvel merupakan doctor yang merawat semua superhero termasuklah Spiderman. Mungkin nanti Night Nurse menjadi watak yang penting dalam siri Marvel Avenger atau yang siri -siri lain? kita nantikan.


WELCOME TO NOVEMBER

NOVEMBER, ITS COMING....

             Blog ini diwujudkan untuk update tentang apa yang terbaru kerana aku seorang yang suka kepada Teknologi, Muzik, Wayang. Dalam blog ini juga aku share tentang pengalaman yang pernah aku lalui dalam kehidupan aku. Aku tak tahu nak buka cerita macamana. Tapi aku akan perlahan-lahan update tentang semua benda dalam blog ini. Apa -apa pun willkommen ...... (Germany Language)



Comments system

Disqus Shortname